‘BMX for Entrepreneurs’ pertingkat jenama dan pemasaran usahawan

‘BMX for Entrepreneurs’ pertingkat jenama dan pemasaran usahawan

 

Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor dengan Jabatan Seni Reka Grafik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM, mengadakan program ‘Branding and Marketing Experience for Entrepreneurs’ (BMX for Entrepreneurs) yang dilancarkan oleh  Presiden DPMM Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee baru-baru ini.

‘BMX for Entrepreneurs’ adalah program yang disediakan untuk para usahawan muda yang terpilih di dalam rangkaian DPMM.

Program ini yang dicadangkan akan mengambil masa antara 6 ke 12 bulan, di mana salah satu dari komponen pembangunan perniagaan para usahawan ini adalah Penjenamaan atau ‘Branding’. Antara komponen lain yang terlibat didalam program ini adalah bahagian penjualan dan pemasaran, bahagian akaun, dan media sosial.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, memaklumkan program ini adalah sebagai ‘one-stop center’ pengurusan penjenamaan dan pemasaran untuk usahawan muda dalam meningkatkan kebolehpasaran, kelestarian jenama mereka dan berdaya saing dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar samada di dalam atau di luar negara.

“Selain dari bekerjasama dengan Jabatan Seni Reka Grafik, FSSR, UiTM, Dewan Muda DPMMJohor juga akan bekerjasama dengan pihak Institute Marketing Malaysia untuk memantapkankomponen penjualan dan pemasaran manakala Universiti Tun Razak untuk komponen akaun.

“Komponen Media Sosial yang di sediakan dalam program BMX ini adalah sejajar dengan harapan kerajaan untuk memastikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pengeluarandan produktiviti terutama di kalangan usahawan Bumiputera pada masa depan.

“Ini sangat bertepatan dengan harapan tinggi Kerajaan kepada pertubuhan bukan kerajaan seperti DPMM untuk membantu usahawan dalam era teknologi dan digital seperti yang telahdisarankan semasa Mesyuarat Agung Tahunan DPMM pada Mei 2017 yang lalu,” ujar kenyataan tersebut.

Di fahamkan Program ‘BMX for Entrepreneurs’ adalah disasarkan pada usahawan muda yang memerlukan panduan dan bantuan dalam membangunkan penjenamaan,pemasaran dan pengurusan akaun serta meningkatkan ‘visibility’ atau tampak kehadiran produk dan perkhidmatan dalam mediasosial selain sebagai saluran untuk mempromosikan jenama para usahawan.

Program seumpama ini ditawarkan kepada pelajar dan bakal graduan khususnya dari
JabatanSeni Reka Grafik untuk menjadi tenaga pereka dalam pembangunan penjenamaan serta
‘copywriting’ atau penulisan kandungan untuk tujuanpengiklanan produk dan perkhidmatanpara usahawan muda yang terlibat.

“Sejajar dengan salah satu objektif UiTM untuk menggalakkan graduan proaktif,
berfikir danbertindak sebagai usahawan dan bukan bekerja makan gaji semata mata, maka platfom ini diharapkan memberi peluang kepada bakal graduan untuk menjana pendapatan sementaramendapat kerja di industri untuk menimba pengalaman.

“Para usahawan akan menjadi klien kepada mereka dan secara terus memberi ruang untuk mereka mengaplikasikan ilmukreativitiyang telah mereka timba semasa belajar di UiTM dan bertindak sebagai usahawan sejurusmenamatkan pengajian.

“Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar dan bakal graduan untuk lebihmemahami kehendak klien dengan pendedahan projek sebenar, memupuk profesionalisma dankeyakinan diri dalam persediaan ke alam pekerjaan.

“Program usahasama Branding and Marketing Experience for Entrepreneurs anjuran Dewan Muda, DPMM Johor ini memilih FSSR kerana fakulti ini adalah fakulti terulung di Malaysia dalambidang seni lukis dan seni reka, dan bakal menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun ini.

“Dengan terlaksananya program usahasama dengan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM,maka diharapkan UiTM dapat menyalurkan kepakaran bidang terutamanya bidang seni rekaGrafik kepada usahawan muda terutamanya Melayu di dalam industri dan berganding bahudengan agensi bukan kerajaan seperti DPMM dalam membantu kerajaan meningkatkanmartabat dan memperkasakan usahawan bumiputera khususnya,” ujar kenyataan itu lagi.

BMX entreprenur 2

CATEGORIES
TAGS