Doktrin ektrimisme senjata lemahkan parti lawan

Doktrin ektrimisme senjata lemahkan parti lawan

Terdapat pihak tertentu menyuburkan doktrin ekstremis sebagai 'senjata' untuk menyerang dan melemahkan parti lawannya, kata Perwakilan Negeri Pahang Dr Jamaluddin Abdul Rahim.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Terdapat pihak tertentu menyuburkan doktrin ekstremis sebagai ‘senjata’ untuk menyerang dan melemahkan parti lawannya, kata Perwakilan Negeri Pahang Dr Jamaluddin Abdul Rahim.

Beliau berkata, doktrin yang digunakan pihak berautoriti menyebabkan parti Amanah terpinggir dengan mehnah yang dilemparkan parti saingannya.

“Nak bincangkan pada hari ini, bahawa pelbagai ekstrimis dalam parti menyebabkan kita terpinggir itu suatu mehnah.

“Untuk kuatkan perjuangan kita untuk tunjuk pada masyarakat parti Amanah tidak layan perkara seumpama itu.

“Kenapa perkara seumpana itu berlaku kerana ada orang yang berautoriti, pernah menyebut mengkafir harbikan orang bukan Islam yang dilihat duduk bersama sokong DAP.

“Bagi saya orang macam ini mereka boleh bercakap dan orang ramai percaya.

“Kalau di Pahang ada timbalan presiden parti lama itu yang sejak akhir ini keras tidak mau berkongsi kerusi dengan sesiapa…itukah extremis?,” ujarnya yang berpandangan jika dibiarkan akan menyebarluaskan lagi label ekstrimis terhadap sesuatu parti yang tidak sehaluan dengan parti lawan mereka sepatutnya tidak berlaku.

Beliau berbahas isu teroris dan terorisme daripada ucapan Presiden semalam.

Dr Jamaluddin turut menyebut rakyat tidak seharusnya menyokong doktrin ekstrimis dan terroris tanpa memahami maksud sebenar istilah tersebut dengan mengambil takrifan dari tokoh Islam seperti Ibnu Hajar dan Ibnu Taymiyah.

Apa yang dimaksudkan dengan keganasan penggunaan cara paksaan mencederakan mendera orang lain bermaksud pembinasaan sesuatu orang atau kelompok.

Makna ekstimis dan terroris adalah gejala yang merosakkan masyarakat.

Justeru soalnya apakah sebab dan gejala berlaku sedemikian dan beliau turut memberikan jawabapannya.

“Mereka cepat bertindak balas, gopoh gapah, mudah berpuashati ikut apa saja yang disuruh.

“Pemimpin suatu organisasi pulaa meletakan doktrinasi yang tidak ada dalam ajaran agama menjadi ajaran baru dalam masyarakat dan orang tidak punyai ilmu pula mengikutnya tanpa usul periksa.

“Kadangkala nak tunjuk keberanian walaupun keberanian itu perlu tetapi berpu bersandaran kepada fakta,” ujarnya.

Amanah Pahang menyokong penuh ucapan Presiden semalam ujarnya lagi,untuk teruss bergerak menolak segala dakyah dan label yang dilemparkan kepada parti Amanah.

“Walaupun kita boleh meneruskan kerja dengan gambaran kita ini rasis kerana berada dalam kumpulan yang sama dengan DAP, tuduhan cauvinis Cina dan teruk lagi dianggap golongan pemberontak asalnya dari komunis.

“Dalam perjuangan orang melayu juga nampak pertentangan di situ. Jika di Pahang ada pejuang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman tetapi ketika zaman itu di gambarkan oleh British bahawa mereka adalah pemberontak sedangkan orang Melayu anggapnya pahlawan..ini pertenetangan persepsi.

“Hari ini berlaku selain kerajaan memerintah orang yang tidak menyokong kerajaan itu menjurus (dilabel)pemberontak orang yang akan melakukan keganasan dalam negara ini, inilah persepsinya.

“Mereka cuba dalam kerangka politik Malaysia kononnya jika jatuh kerajaan maka orang ganas akan memerintah negari ini.

“Pemikiran ini dianggap terbelakang dan jumud dan sebagainya lagi,” ujarnya.

TAGS