Dr Fauziah mahu rakyat berterusan boikot syarikat antarabangsa sokong Israel

Dr Fauziah mahu rakyat berterusan boikot syarikat antarabangsa sokong Israel

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rakyat negara ini digesa untuk meneruskan usaha memboikot syarikat-syarikat pengeluar yang menyokong negara Israel untuk memberi tekanan berterusan terhadap kekejaman berlaku terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Dr Fauziah Mohd Hassan antara 13 wanita yang terbabit dalam misi Womens Boat to Gaza (WBG) berkata, beberapa syarikat gergasi luar negara yang beroperasi di negara ini, antara penyumbang utama pelaburan di Israel.

“Di Malaysia kita seharusnya bersetuju untuk memboikot semua produk utama (co product) daripada syarikat-syarikat besar yang melabur di negara ini untuk memberi tekanan kepada Israel supaya syarikat tersebut menarik pelaburan mereka di Israel.

“Antaranya Carterpillar syarikat yang harus diboikot kerana jentera cartepillar ini yang merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin.

“Kalau Mc Donald tu syarikat kecil kita tidak perlu boikot,sebaliknya syarikat besar seperti Hyundai dan HP misalnya kita boikot.

“Kalau semua negara Islam memboikot ia akan memberi tekanan untuk mereka menarik pelaburan di Israel,” ujarnya dalam sesi soal jawab dalam perkongsian pengalamannya dengan 150 hadirin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Dalam misi berkenaan, Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG menggunakan jalan laut dengan kapal Zaytouna-Oliva setelah Israel menutup dan mengepung laluan darat ke Gaza dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah.

Namun, tentera Israel telah menahan kapal layar Zaytouna-Oliva yang dianjurkan Freedom Flotilla Coalation yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, pada 5 Oktober lalu pada jam 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia) di pelabuhan Ashdod, Israel.

Pada 7 Oktober, Wisma Putra mengesahkan Dr Fauziah selamat dan telah dibebaskan.

Dr Fauziah yang juga Penasihat Rose to Rose selepas pulang ke tanahair berpeluang bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 18 Oktober lalu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Dr Fauziah menjelaskan kerajaan bersedia membantu usaha mana-mana NGO untuk misi keamanan pada masa akan datang.

“Kalau dapat kita perlu ada kapal sendiri untuk melaksanakan misi kemanusiaan ini kerana ramai rakyat negara ini boleh menyertainya.Kita nak anjurkan fortilla kena cari duit sendiri

“Saya beritahu perdana menteri masyarakat antarabangsa begitu berminat dengan fortilla sebegini, dan saya cadangkan jika dapat untuk fortilla seterusnya kerajaan dapat membantu,”ujarnya.

Perkongsian pengalaman Dr Fauziah di UTM ini anjuran bersama Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara (MDN) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Prof Madya Roselaily Abdul Rahman Ketua Kumpulan Kerja Hal Ehwal Wanita, Dewan Wanita MDN, Prof Madya Roselainy Abdul Rahman berkata, MDN menyokong usaha dilakukan NGO seperti MyCare dan Rose to Rose untuk melakukan misi keamananan di Gaza melalui WBG.

“Saya harap daripada perkongsian pengalaman ini dapat menyatukan semua rakyat Malaysia berbilang kaum untuk mengetahui apa yang berlaku di Gaza.

“Daripada 13 wanita hanya tiga orang muslim menyertai fortilla ini ia sebenarnya telah menarik perhatian dunia mengenai penyatuan mereka semata-mata untuk melihat sendiri dan menyampaikan bantuaan kemanusiaan kepada rakyat Palestin,

“Sudah tentu Dewan Wanita MDN menyokong usaha dilakukan Dr Fauziah dan kumpulannya demi kerana agama dan nilai kemanusiaan dalam misi WBG ini yang mampu menyatupadukan masyarakat antarabangsa dalam isu di Gaza,” ujarnya.

TAGS