Dr Mahathir tidak tahu menahu permintaan Nurul Nuha

Dr Mahathir tidak tahu menahu permintaan Nurul Nuha

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan terpinga-pinga ketika diajukan soalan berhubung permintaan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha yang mahu bekas perdana menteri itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Malah, Dr Mahathir dipetik berkata, beliau tidak tahu tentang perkara berkenaan.

“Tak tahu,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di ibu negara, malam tadi seperti dilapor Malaysiakini.

Semalam portal itu memetik laporan The Malay Mail Online yang melaporkan Nurul Nuha mahu Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan lampau terhadap bapanya yang kini meringkuk di penjara.

Menurut Nurul Nuha, Mahathir mesti bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah dan liwat terhadap Anwar pada tahun 1998 sebelum berfikir tentang membentuk sebarang pakatan dengan PKR melalui parti barunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

TAGS