Dua ditahan hina Islam, kata KPN

Dua ditahan hina Islam, kata KPN

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua individu ditahan kerana dikatakan menghina Islam di akaun Facebook. 
 
Khalid dalam akaun Twitter beliau hari ini memberitahu mereka yang ditahan di Selangor dan Perak membuat catatan berkenaan ekoran kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
 
“Syabas, JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) @PDRM tangkap 2 orang, 1 di Ipoh dan 1 Shah Alam buat posting di FB hina agama Islam berkaitan kematian Dato Harun Din…,” ujarnya dalam Twitter.
 
Haron Din, 76, meninggal dunia di San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung pada 16 September lalu.
 
Tindakan polis ini adalah kali pertama dilakukan ketika ramai pihak tidak puas hati dengan reaksi sinis dan menyindir bukan Melayu terhadap pemergian tokoh Pas itu.

TAGS