Dua jawatan dalam perlembagaan parti agar ia lebih telus, kata Muhyiddin

Dua jawatan dalam perlembagaan parti agar ia lebih telus, kata Muhyiddin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tujuan mereka memasukkan dua jawatan Pengerusi dan Presiden pada perlembagaan adalah sebagai mekanisme menjadikan parti itu  berada dalam keadaan telus.

“Tujuan kita masukkan jawatan presiden dan pengerusi dalam perlembagaan parti adalah untuk mengadakan satu ‘check and balance’ supaya parti kita agak telus, dan segala perjalanan parti dibuat atas dasar itu.

“Kedua, ia membolehkan parti dilihat sebagai parti yang mengikut kehendak rakyat,” katanya kepada media.

Semalam Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kelulusan kepada parti baharu yang diasaskaan oleh Tun Dr Mahathir itu, diberikan secara dasar kerana PPBM katanya, perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).,

Justeru hari ini Dr Mahathir,Muhyiddin Datuk Seri Muhkriz Mahathir dan ahli jawatakuasa protem yang lain berkunjung ke ibu pejabat RoS di Putrajaya untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung kandungan perlembagaan parti itu.

Muhyiddin juga menjelaskan mereka membuat sedikit pindaan pada logo parti itu.

“Walaupun tidak gembira kita mengunakan akroname Bersatu kerana ‘catchy’ bagaimanapun saya tidak mahu mempertikaikannya apa yang penting parti ini telah diluluskan, kita juga akan membuat sedikit pindaan kepada logo parti,” ujarnya dalam sidang media diadakan selepas pertemuan dengan pegawai RoS pagi ini.

TAGS