Dua lelaki hadapi empat tuduhan berkaitan kumpulan militan Daesh

Dua lelaki hadapi empat tuduhan berkaitan kumpulan militan Daesh

Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini masing-masing atas dua pertuduhan berkaitan kumpulan militan Daesh.

Tertuduh, Mohmad Zaini Mohmad Isa, 31, dan Roshelmyzan Husain, 31, mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam.

TAGS