Dun Sarawak bubar 11 April

Dun Sarawak bubar 11 April

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang akan menerajui Barisan Nasional Sarawak buat pertama kalinya dalam pilihan raya negeri, membuat pengumuman tentang pembubaran itu pada 2 petang hari ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Beliau memberitahu sidang media: “Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu.”

Adenan sebelum itu menghadap Yang Dipertua Negeri di Astana.

Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian.

Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.

TAGS