Dunia diajak bantah hukuman penjara ke atas Morsi

Dunia diajak bantah hukuman penjara ke atas Morsi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Kerajaan Malaysia dan dunia diajak agar bersama-sama mengutuk tindakan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas presiden Mesir, Mohamad Morsi.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Bahrin Shah dalam kenyataannya berkata,  “suara negara kita pernah pada suatu masa dahulu di hormati dan di segani olih Negara negara lain, khususnya Negara Islam.”

Bagi beliau, isu hukuman berat ke atas Morsi mempunyai implikasi luas dalam politik negara Islam hari ini.

Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas Presiden, Mohamed Morsi, hari ini.

Raja Bahrin ShahIa adalah hukuman pertama terhadap Morsi yang berdepan tuduhan menyebabkan kematian penunjuk perasaan ketika demonstrasi ‘Arab Spring’ pada 2012.

Raja Bahrin dalam kenyataannya berkata, Parti Amanah Negara mengutuk keras hukuman penjara 20 tahun keatas Morsi, bekas presiden Mesir itu.

“Sebagai seorang bekas Presiden Mesir yang telah di pilih olih rakyat secara demokratik, beliau telah di guling dan kini di hukum cara tidak adil,” katanya.

Katanya, memandang usia dan kesihatan beliau, hukuman tersebut bermakna kemungkinan besar beliau akan menghabiskan umur beliau di penjara.

Ramai lagi rakan rakan seperjuangan Morsi telah di jatuhkan hukuman berat termasuk hukuman bunuh.

“Amanah menggesa dunia mengutuk hukuman berat dan kejam ke atas Morsi.

“Dunia barat terutamanya, yang mejuarai demokrasi dan hak asasi manusia, sepatutnya mengecam hukuman tersebut,” katanya.

Menurut ahli parlimen Kuala Terengganu itu, kerajaan Morsi yang menjulang prinsip Islam, dan yang telah di pilih secara demokrasi telah di jatuhkan dengan usaha dan kerjasama pihak tentera Mesir.

 

TAGS