DUPP saran kerajaan optimum guna tenaga buruh tempatan

DUPP saran kerajaan optimum guna tenaga buruh tempatan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) menggesa kerajaan melalukan inisiatif untuk mengurangkan bilangan kemasukan buruh asing agar dapat menggunakan tenaga buruh tempatan secara optimum bagi mengimbangi sejumlah 6.7juta warga asing sedia ada di negara ini.

Ketua DUPP Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berpandangan berpandangan bahawa ketidakcekapan Kerajaan dalam menguruskan maklumat berhubung keperluan tenaga kerja semasa menjadi salah satu faktor utama yang menyumbang kepada masalah lambakan warga asing.

“Pada masa ini, kebanyakkan maklumat pasaran buruh adalah dikumpulkan oleh pelbagai agensi berdasarkan kepada keperluan masing-masing.

“Ketiadaan pengkalan data bersepadu bagi memantau dan mengawal keperluan tenaga buruh dalam pasaran industri menyebabkan bilangan golongan itu tidak dapat dipastikan berpadanan dengan keperluan bahkan menjadi lambakkan pula.

“Selain itu, ketiadaan dasar yang komprehensif dalam pengambilan pekerja asing dan pengambilan yang dibuat secara ‘adhoc’ juga memburukkan lagi keadaan berkaitan isu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

DUPP juga merujuk “Kertas Strategi 8: Pasaran Buruh untuk Negara Maju”, bilangan pekerja asing berkemahiran rendah telah meningkat sebanyak 152 peratus dalam tempoh 2000 hingga 2013.

Pada tahun 2013, terdapat 2 juta pekerja asing yang berdaftar atau 17 peratus daripada jumlah guna tenaga terutamanya dalam sektor pembuatan (36 peratus), pembinaan (20peratus) dan pertanian (22 peratus).

“Peratusan ini dianggarkan lebih tinggi iaitu 27 peratu daripada jumlah tenaga kerja jika mengambil kira pendatang tanpa izin.

“Walaupun negara mengalami guna tenaga penuh, sebanyak 57.4 peratus daripada jumlah pengganguran pada tahun 2013 merupakan belia berumur antara 15 hingga 24 tahun – jumlah pengganguran pada 2013 adalah sebanyak 375,401 orang.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 5% adalah belia dalam umur persekolahan,” ujarnya.

Justeru katanya lagi, jika belia-belia ini dilatih dan diberi pendedahan khusus dengan peluang, imbuhan dan pendedahan yang sepatutnya, sudah tentunya belia ini setelah berusia 18 tahun memiliki pengetahuan dan kemahiran khusus justeru dapat menampung kekurangan yang terdapat di dalam industri serta sektor yang benar-benar memerlukan pekerja. Oleh itu, kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan.

DUPP menggesa kerajaan mengkaji semula dan menambahbaik undang-undang serta akta yang bersangkutan dengan pekerja asing.

“Sebagai contoh dengan menghadkan serta menetapkan jumlah perkerja asing didalam sesebuah industri dan sektor; ia dapat mengurangkan lambakan pekerja asing seperti yang terjadi sekarang menggalakkan industri-industri terutamanya yang bergantung kepada buruh asing untuk mengambil anak-anak tempatan berkerja dengan memberi insentif-insentif tertentu sebagai galakan kepada mereka.

“Di samping itu juga kerajaan juga harus mendedahkan kepada industri-industri tersebut kaedah serta teknologi terbaru yang mana majoriti industri-industri sebegini kebanyakkannya menggunakan kaedah tradisional dalam operasi mereka yang sememangnya menagih tenaga buruh asing untuk beroperasi.

“Dengan kurangnya kebergantungan negara kepada tenaga buruh asing, negara juga dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya sejumlah RM5 bilion akibat penghantaran wang oleh pekerja asing ke kampung halaman mereka.

“Dengan sejumlah wang yang begitu besar mengalir keluar dari negara, ia lebih bermanfaat jika digunakan untuk ekonomi negara serta dinikmati oleh anak-anak tempatan yang menggangur dengan memberikan peluang pekerjaan kepada mereka,” katanya.

TAGS