Eco World peroleh 50 peratus kepentingan dalam Jendela Hikmat

Eco World peroleh 50 peratus kepentingan dalam Jendela Hikmat

Eco World Development Group Bhd (EW Bhd)  mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Eco Grandeur Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penjualan dan pembelian bersyarat dengan Cascara Sdn Bhd bagi memperolehi 50 peratus kepentingan ekuiti dalam Jendela Hikmat Sdn Bhd dengan harga RM303.5 juta.
EW Bhd juga telah menandatangani perjanjian langganan dan jualan saham (SSA) dengan Cascara dan Jendela Hikmat untuk turut melabur dan membiayai Jendela Hikmat sebagai platform usahasama bagi membangunkan sebuah projek pembangunan bercampur yang akan dikenali sebagai ‘Eco Ardence’, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pengambilalihan itu akan membolehkan EW Berhad, melalui Jendela Hikmat,  mendapat akses kepada 216 hektar tanah perdana yang terletak bersebelahan Setia Alam yang berada dalam kawasan Lembah Klang yang hari ini mempunyai jumlah penduduk seramai 1.4 juta merangkumi Shah Alam dan Klang, katanya.
 
 

CATEGORIES