Ekspedisi ‘Back to School’ Amanah Sabah akhiri tahun 2016

Ekspedisi ‘Back to School’ Amanah Sabah akhiri tahun 2016

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sayap pemuda bersama dengan Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah serta beberapa pimpinan negeri telah mengadakan program ;Ekspedisi Back to School’ di sini pagi kelmarin.

“Kami mengadakan program Ekspedisi Back to School hari ini di sebuah sekolah yang terlalu unik namanya iaitu Triple A Ketua Kampung School. Ianya terletak di dalam Kampung Malayu Soperwin, beberapa minit daripada pekan Batu 8 Sandakan,” kata Hamzah.

Dia menjelaskan, program tersebut memang sudah menjadi program wajib pada setiap tahun. Menyampaikan sumbangan set persekolahan di beberapa buah sekolah berbeza-beza.

Cabaran yang dihadapi oleh sukarelawan dalam menjalankan tugas mereka.Bezanya, kali ini mereka terpaksa meredah kawasan paya bakau sebelum tiba di sekolah tersebut.

Tambahnya lagi, walaupun terpaksa melalui kesusahan sebegitu, mereka teguhkan tekad memberi bantuan kepada kanak-kanak di sana.

“Walaupun meredah paya bakau, ditambah pula cuaca hujan lebat ketika itu, kami tekad menyampaikan bantuan persekolahan kepada kanak-kanak di sana. Kerana, kanak-kanak inilah yang akan mewarisi negara kita kelak. Baik mereka, baiklah negara kita,” jelasnya.

Turut memandu perjalanan ekspedisi ini, Yunizam Yusop selaku Ketua Pemuda Amanah Parlimen Batu Sapi. Yunizam yang sebelum ini pernah melawat sekolah tersebut mengambil inisiatif mengajak pemuda Amanah Sabah yang lain turun membantu.

“Keadaan sekolah ini terlalu dhaif dan gurunya hanya seorang wanita berusia yang mesra dengan panggilan ‘aunty’. Wanita tersebut hanya mengenakan yuran sebanyak 50 sen sahaja. Saya kagum dengan ketekunan beliau memperjuangkan nasib pendidikan kanak-kanak di sana. Saya berasa terpanggil untuk membantu,” katanya.

Setakat ini, terdapat hanya 56 orang pelajar sahaja yang bersekolah di situ. Mereka berusia dalam lingkungan 6 hingga 18 tahun.

“Alhamdulillah, kami dapat menyumbangkan set alat tulis dan buku latihan kepada mereka semua,” tambahnya lagi.

Selain itu, Mohd Riduwan iaitu Pengarah Kebajikan, Kemasyarakatan dan Hubungan NGO, Exco Pemuda Amanah Negeri Sabah juga hadir dalam program tersebut.

Riduwan berkata, kami mengajak pelbagai NGO turun bersama kami dalam program ini. Selain daripada menambah tenaga kerja, kita juga dapat memastikan informasi tentang sekolah ini dapat disebar dengan lebih meluas.

Antara NGO yang terlibat ialah Persatuan Sukarelawan Muskim Sandakan (MUST), ARiF, Free-Read Sandakan dan Roti Untuk Perubahan.

Sekarang, kanak-kanak di sana hanya belajar mengira, membaca dan menulis.

“Dengan tersebarnya informasi ini, kita harap mereka dapat bantuan yang sewajarnya, terutama sekali dari sudut penyelarasan silibus.

“Selain itu, kita juga sempat melawat Sekolah Pondok Agama Kampung Malayu yang terlatak beberapa minit dari sekolah ini. Kami dapati keadaan yang sama juga melanda sekolah pondok ini. Jadi, selepas ini kami akan datang lagi ke sini membawa barang bantuan persekolahan,” tambah Riduwan.

TAGS