Ekspedisi Kembara MP Sepang dekati rakyat miskin dapat sambutan penduduk

Ekspedisi Kembara MP Sepang dekati rakyat miskin dapat sambutan penduduk

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ekspidisi dua hari mendekati golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim di sambut mesra dikalangan penduduk kampung sekitar Parlimen Sepang.

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata, penganjuran ekspidisi julung kali diadakan ini untuk menyampaikan bantuan daripada beberapa penaja kepada parti Amanah untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau melahirkan kesyukuran kerana kerjasma daripada dikalangan ketua-ketua kampung yang menyambut baik ekspidisi diadakan dua hari ini.

“Tujuan untuk turun padang dilakukan bersama ARiF Selangor untuk berjumpa rakyat menyerahkan bantuan.

“Saya rasa bersyukur dapat kerjasama daripada ketua-ketua kampung yang bertanggungjawab memilih golongan yang berkelayakan untuk menerima bantuan daripada pihak penaja,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

nMenurut Hanipa  yang  juga  Pengerusi Kanun lagi, ekspidisi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi lebih kepada pendekatan membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal dan kebajikan.

Walaupun beliau memberitahu terdapat beberapa buah kampung yang enggan memberikan kerjasama kepada ekspidisi  yang dilakukan pemimpin Amanah ini.

“Ada beberapa kampung tidak bagi kerjasama mungkin mereka ada program lain tetapi hanya kecil bilangannya selebihnya meyambut baik.

“Antara kerjasama dalam ekspidisi ini turut dibantu pihak Pas, PKR dan DAP.

“Saya rasa kagum mereka sanggup terima kunjungan saya kerana mereka mengenali saya dulu (ketika dalam Pas)  walaupun saya difahamkan, ada arahan agar tidak memberikan kerjasama terhadap ekspidisi ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana mahu menolong penduduk kampung mereka sanggup mengenepikan perbezaan politik,” ujarnya yang bercadang untuk mengadakan ekspidisi sama pada tahun akan datang.

Sepanjang ekspidisi dua hari dilakukan pada 4 dan 5 November lalu, sebanyak 15 buah kampung  sekitar Daerah Sepang dilawati untuk menyampaikan bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan barang keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

Hanipa menziarahi adik Mohd Syabil Aslam Sidek yang derita sakit lemah sendi di Kampung Kelambu Dun Tanjung Sepat.

 

TAGS