Pas kekal di Selangor hingga MB cadang dan Sultan perkenan

Pas kekal di Selangor hingga MB cadang dan Sultan perkenan

Pas terus menetapkan pendirian untuk mengekalkan tiga Exco Kerajaan Negeri di Selangor sehingga Menteri Besar membuat cadangan dan Sultan Selangor perkenan dengan cadangan itu.

Pas terus menetapkan pendirian untuk mengekalkan tiga Exco Kerajaan Negeri di Selangor sehingga Menteri Besar membuat cadangan dan Sultan Selangor perkenan dengan cadangan itu.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengekalan tiga exco Pas di negeri itu sejajar dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri Selangor yang mana diperkenankan pelantikan Exco oleh Sultan Selangor.

“Mereka dilantik oleh ke bawah Duli Sultan Selangor dan kita akan tunggu perkembangan berikutnya.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man “Sehingga kini kita akan meneruskan kerajaan pentadbiran di Selangor.

“Kita rasa dengan mengekalkan tiga exco, pentadbiran negeri boleh berjalan lancar kita tidak mahu mengganggu sehingga keputusan baru dibuat,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di ibupejabat parti itu hari ini.

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan turut berkata, mengikut peruntukan undang-undang tubuh kerajaan Selangor 1959 berdasarkan Perkara 57 Fasal 7 dengan jelas mengatakan bahawa: “Seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama yang diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, mana-mana ahli majlis boleh meletakkaan jawatan bila-bila masa.”

Dalam konteks sama ada Exco Pas juga boleh meletakkan jawatan bila-bila masa, Takiyuddin berkata persoalan itu tidak timbul ini kerana selagi diperkenankan sultan, tiga exco akan terus kekal di negeri itu.

“Ia terpulang kepada Sultan, dan sudah tentu jika ia mendapat cadangan dari menteri besar. Itu prosedur.

“Sebab itu PKR tak buat keputusan dan tunggu menteri besar balik untuk buat apa-apa. Sebab ia dalam perlembagaan.

“Walau apa pun, menteri besar kena minta perkenan dari Sultan dan itu terpulang pada Tuanku. Kita akan kekal (exco) dan tiada sebarang arahan (untuk letak jawatan),” katanya.

Tiga Exco Pas yang dilantik kerajaan negeri ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

PKR hingga kini tidak membuat sebarang keputusan berhubung tiga exco Pas itu kerana masih menunggu Azmin pulang dari luar negara.

TAGS

COMMENTS