Faktor Muhyidin bakal ubah politik Johor, kata DAP

Faktor Muhyidin bakal ubah politik Johor, kata DAP

Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 dan juga Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016 yang diketuai Tun Mahathir Mohamad bakal mengubah lanskap politik Malaysia khususnya di negeri Johor.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 dan juga Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016 yang diketuai Tun Mahathir Mohamad bakal mengubah lanskap politik Malaysia khususnya di negeri Johor.

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, di Johor, tanpa faktor Muhyiddin mahupun keberantakkan dalaman UMNO Johor mutakhir ini (desas-desus wujudnya gerakan untuk menyingkirkan Khaled Nordin sebagai Menteri Besar), analisa berpandukan keputusan PRU 2013 menunjukkan bahawa dengan anjakan undi 5% kepada pembangkang akan mampu menyebabkan Barisan Nasional kehilangan 7 kerusi DUN dan 7 Parlimen.

Politik Malaysia sedang mengalami penyusunan atau penstrukturan semula khususnya sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 dan juga pasca Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016.

“Anjakan undi sehingga 10% pula akan menyebabkan BN kehilangan lagi 7 kerusi DUN, 4 Parlimen. Dalam ertikata lain, 10% anjakan pengundian akan menentukan nasib BN di keseluruhan 14 kerusi DUN dan 11 Parlimen,” katanya selepas menghadiri program ‘Forum Kedai Kopi’ di Taman Aman, Kluang, Ahad lalu.

Beliau berkata, 11 kerusi Parlimen ini tidak termasuk Pagoh dan kawasan parlimen lain yang dikelaskan sebagai ‘bawah jajahan’ pengaruh Muhyiddin.

Di Johor menurutnya, 29 kerusi DUN sudah cukup untuk menjadi penentu peralihan kuasa di peringkat negeri manalah 11 dari 26 kerusi Parlimen di Johor pula menjadi faktor signifikan terhadap peralihan kuasa di peringkat pusat.

“Dengan anjakan 5% pengundian, kerusi-kerusi DUN BN yang akan tumbang adalah seperti Gambir, Paloh, Mahkota, Nusajaya, Bukit Naning, Pemanis dan Sungai Balang.

“Dengan anjakan 10% pengundian pula, tambahan kerusi-kerusi DUN BN yang akan tumbang adalah Senggarang, Semerah, Serom, Tenang, Kempas, Kemelah dan Pulai Sebatang,” terang beliau.

Bagi kerusi parlimen pula kata beliau, anjakan 5% pengundian, kerusi-kerusi BN yang bakal tumbang adalah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar.

TAGS