Falcon Bank tutup: Pencuri itu adalah kita, kata Husam

Falcon Bank tutup: Pencuri itu adalah kita, kata Husam

Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Salor Datuk Husam Musa mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca Falcon Bank yang beroperasi di Singapura ditutup.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Salor Datuk Husam Musa mendakwa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca Falcon Bank yang beroperasi di Singapura ditutup.

 “1MDB telah menyebabkan dua bank dunia ditutup. Kedua-duanya di Singapura, jiran terdekat aliran wang haram dari 1MDB.

“Sebnyak USD3.8 billion (RM15.2 B) berkait wang 1MDB melalui bank ini. Termasuk US 681 juta (RM 2.6) yang dikaitkan dengan akaun peribadi PM.

“Dua lagi institusi kewangan Singapura dalam siasatan.

“Saya tidak pasti, PM Malaysia mempunyai biji mata atau tidak. Jika ada, ‘biji mata’ PM Malaysia hanya mampu terkebil-kebil.

“Dunia menelanjangi pencurian wang negara Malaysia satu lepas satu.Kita masih tidak berbuat apa-apa.

“Kenapa? Kerana pencuri itu adalah kita sendiri. Kita tidak akan menangkap diri kita,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengarahkan supaya cawangan Singapura bank Switzerland, Falcon Private Bank (Falcon Bank), ditutup kerana kegagalan serius dalam kawalan antipengubahan wang dilarang (AML) dan salah laku kakitangan pengurusan kanan di ibu pejabatnya di Switzerland dan cawangannya di Singapura.

Pengurus Cawangan bank itu di Singapura, Jens Sturzenegger, telah diberkas oleh Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) pada 5 Oktober lalu.

Sejumlah kira-kira AS$3.8 bilion (RM15.2 bilion) dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank, yang telah disekat dan ditutup oleh pihak berkuasa Switzerland dan Singapura kerana pengubahan wang haram.

Ini adalah menurut Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) yang menyiasat aktiviti Falcon dengan 1MDB sepanjang tempoh 2012-2015.

Justeru Husam berkata, negara dunia lebih bermaruah kerana mempertahankan integriti berbanding Malaysia.

“Kita memerlukan negara-negara di dunia yang mempunyai maruah, harga diri, keazaman tinggi menjunjung keluhuran undang-undang dan memelihara integriti sistem kewangan mereka, untuk mendedahkan jenayah kita.

“Ketika kita kecewa, negara kita terbelenggu dikuasai pencuri dan kecurian tidak lagi dianggap hina, kita diberikan sedikit harapan kerana ada negara lain yang menangkap rakan-rakan pencuri yang membantu melarikan wang itu. Mereka telah bertindak bagi pihak kita.

“Syabas Singapura!

“Dan Syabas DS Najib kerana mampu untuk terus memegang jawatan PM ketika dunia menelanjangi jenayah terbesar kita,” ujarnya sinis.

Falcon Private Bank ditutup operasinya di Singapura dipercayai terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

TAGS