Fatah Haron gagal sekat bayaran RM5 juta, mahkamah tetapkan bicara 22 Disember

Fatah Haron gagal sekat bayaran RM5 juta, mahkamah tetapkan bicara 22 Disember

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Proses mediasi berkaitan tuntutan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron supaya dibekukan bayaran berjumlah RM5 juta oleh syarikat perumahan negara (PRIMA) kepada Gallery Tani Sdn. Bhd. di Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam gagal mendapat persetujuan.

Gallery Tani, Yang dimiliki Pengarah Pilihanraya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali, Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan anak-anak bekas Bendahari Pas Kelantan, Allahyarham Cikgu Wan Osman mahu kes itu didengar dalam perbicaraan di mahkamah.

Proses mediasi semalam berlangsung di hadapan pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bahru dan kedua-dua pihak diwakili peguam masing-masing.

Mahkamah memutuskan kes ini akan dibicarakan pada 22 Disember depan.

TAGS