Lensa  pilihan: Hari Pertama Konvensyen Amanah meriah

Lensa pilihan: Hari Pertama Konvensyen Amanah meriah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Konvensyen Amanah Pertama yang diadakan di SACC hari ini yang akan berlansung sehingga esok telah dirasmikan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu pagi tadi.

Seramai 1,200 perwakilan dan 2000 pemerhati turut hadir dalam konvensyen julung kali diadakan ini.

Hari ini menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan terdiri daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad hadir buat kali pertama dalam konvensyen diadakan ini.

Turut hadir barisan kepimpinan utama Amanah antaranya Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Setiausaha Kerja Mohd Anuar Tahir dan Pesihat Umum Amanah Ustaz Ahmad Awang.

Antara tetamu lain yang turut hadir  Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, aktivis Hishamuddin Rais, Sasterawan Negara A Samad Said, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan beberapa lagi.

Lim Kit Siang dalam sidang medianya  melancarkan "Perang PRU 14" dengan menunjukkan karikatur untuk menumbangkan Umno-BN mengeletek hati kecil Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pak Samad beramah mesra dengan Tun Dr  Siti Hasmah dalam majlis diadakan.

Barisan penerima Anugerah  bergambar kenangan dengan pimpinan kanan Amanah.

 Barisan kepimpinan atasan amanah yang akan mendengar perbahasan selama dua hari diadakan.

Barisan perwakilan wanita dari seluruh negara yang hadir untuk dua hari konvensyen diadakan.

Akhabr Amanah turut diedarkan kepada 1,200 perwakilan dan 2,000 pemerhati yang hadir hari ini.

Sebahagian perwakilan menunjukan sokongan mereka terhadap parti Amanah untuk membawa perubahan dalam lanskap politik negara.

TAGS