Gabungan NGO di Kelantan serah memorandum bantah penahanan Maria Chin

Gabungan NGO di Kelantan serah memorandum bantah penahanan Maria Chin

Gabungan NGO Kelantan serah memo bantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Gabungan NGO Kelantan serah memo bantah penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sekumpulan yang mewakili NGO dan parti politik menyerahkan memo bantahan penahanan Maria Chin di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Negeri Kelantan petang ini.

Aina SayutiJurucakap kumpulan itu, Aina Sayuti berkata tindakan kerajaan menahan Maria Chin di bawah Sosma tidak boleh diterima.

“Akta ini dengan jelas dibuat untuk menghalang keganasan dan sepatutnya digunakan terhadap mereka yang menganjurkan kegiatan di luar batas undang-undang.

“Sedangkan himpunan aman Bersih 5, walaupun dihadiri begitu ramai peserta berjalan dengan aman dan teratur yang tidak masuk akal langsung jika cuba dikaitkan dengan unsur keganasan,” katanya.

Menurutnya, ini adalah jelas mencabuli perlembagaan negara, salah guna kuasa dan tidak berperikemanusiaan.

“Kami memperingatkan bahawa undang-undang Sosma adalah hanya bertujuan untuk menghalang aktiviti keganasan yang boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya.

Memo bantahan yang dibawa oleh kumpulan NGO berkenaan telah diterima oleh Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Kelantan, superintenden Idrus Hanafiah di perkarangan pejabat polis negeri.

Antara yang hadir ialah Ketua PKR cabang Kota Bharu, Abu Samah, ketua Amanah Kawasan Kota Bharu Kamaruzaman Ismail dan pimpinan parti-parti DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

TAGS