Gabungan PH + PPBM bakal melalui proses kematangan, kata penganalisis

Gabungan PH + PPBM bakal melalui proses kematangan, kata penganalisis

Para penyokong Pakatan Harapan (PH)  dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diminta bersabar dengan proses kematangan yang perlu dilalui oleh gabungan baru pembangkang yang dimeterai 13 Disember lepas sebelum ia mencapai kematangan, kata penganalisis.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Para penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  diminta bersabar dengan proses kematangan yang perlu dilalui oleh gabungan baru pembangkang yang dimeterai 13 Disember lepas sebelum ia mencapai kematangan, kata penganalisis.

Jika berlaku ribut dalam gabungan PH + Bersatu sekarang, ia adalah normal, kata Dr Dzulkefly Ahmad.Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua pihak perlu memahami gelagat organisasi yanhg bakal dihadapi oleh gabungan baru ini.

“Kalau ada yang kurang jelas atau terkeliru, ia bukan satu koalisi seperti PH. Lebih tepat lagi ia adalah langkah permulaan seumpama satu Memorandum Persefahaman atau MOU. Persefahaman kerangka kerjasama adalah penting sebagai langkah awal,” kata beliau.

Beliau meminta agar gabungan baru ini diizinkan melalui tahap dahulu dalam satu tempoh waktu yang menasabah.

“Jangan terburu-buru untuk mewujudkan satu koalisi politik atau ‘Electoral Pact’ kerana ianya lebih ketat dan tegas.

“Pun begitu, waktu tidak menyebelahi kita sebagai parti-parti yang berazam mengambil alih pentadbiran persekutuan yang berpusat di Putrajaya,” tulis beliau kepada akhbar Amanah yang dilihat mula memasuki pasaran hari ini.

Bagi beliau, mereka yang memahami ‘gelagat organisasi’ atau ‘organisational behaviour’, amat peka bagaimana setiap organisasi setelah melalui pelbagai tahap.

“Tahap ‘penubuhan’ atau ‘forming’ akan pasti melalui tahap ‘ribut’ atau ‘storming’, sebelum benar-benar dapat menjalinkan ‘persamaan nilai’ atau ‘norming’ dan barulah akhirnya menghasilkan ‘natijah kerja’ atau ‘performing’.

“Izinkan tahap ‘storming’, andainya disaksikan, berlaku ketika masih di tahap ‘MOU’ kerana kurang mudaratnya kepada kedua-dua pihak.

“Harapnya kita segera langkah ke tahap satu koalisi bersama dengan PH dengan apa pun namanya,” katanya dalam tulisan itu.

Sejak mula menandatangani perjanjian bersama 13 Disember lalu, pelbagai kenyataan dibuat oleh anggota gabungan ini yang boleh dilihat sebagai proses kematangan dalam gabungan itu.

Para penganalisis juga memberikan pandangan mereka namun masing-masing setuju cadangan untuk menggunakan satu logo, satu manifesto dan satu calon bersama adalah pencapaian terbaik gabungan pembangkang itu sehingga kini.

TAGS