Gambar berbicara: Samseng Pasir Salak serang Khalid di Parlimen

Gambar berbicara: Samseng Pasir Salak serang Khalid di Parlimen

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sekumpulan penyokong tegar ahli parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri, Datuk Tajuddin Abdul Rahman telah cuba menyerang ahli Parlimen Shah Alam di Parlimen pagi tadi.

Jurugambar Malaysia Dateline, WAN ZAHARI SALLEH yang berada di tempat kejadian telah merakamkan kejadian ganas ini.

Berikut adalah gambar-gambar berkaitan.

 

Seorang penyokong Tajuddin mengeluarkan kata-kata kesat kepada Khalid.

 

Peyokong tegar Tajuddin cuba dihalang dari memukul Khalid di perkarangan Parlimen.

Khalid terpaksa di lindungi oleh Pengawal Keselamatan Parlimen dari diserang oleh samseng Pasir Salak.

Kekecohan berlaku di depan Parlimen apabila samseng ini cuba menyerang Khalid sambil mengahmburkan kata-kata kesat.

Salah seorang samseng Pasir Salak terpaksa ditegah dari bertindak ganas di perkarangan Parlimen.

Kekecohan berlaku apabila penyokong tegar Tajuddin ini menghamburkan kata-kata kesat ekoran pertegahan antara Khalid dengan Tajuddin di Dewan Rakyat.

Lagi muka-muka yang menimbulkan kekecohan di Parlimen.

TAGS