Gandakan gerak kerja PRU14, kata Pemuda Amanah

Gandakan gerak kerja PRU14, kata Pemuda Amanah

 Pemuda Amanah Nasional menyifatkan Pidato Presiden Mohamad Sabu semalam sebagai satu isyarat penting kepada gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

 

 

 

 

 

 

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Pemuda Amanah Nasional menyifatkan Pidato Presiden Mohamad Sabu semalam sebagai satu isyarat penting kepada gendang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya, Sany Hamzan berkata, penekanan presiden parti pada Konvensyen Nasional Amanah kali pertama itu begitu bermakna dalam mengukuhkan motivasi ahli.

 “Pidato Presiden diharap dapat membangkitlan semangat semua ahli Amanah untuk menggandakan usaha menjelang PRU14 yang semakin suntuk.

“Ini termasuklah menggiatkan pendaftaran pemilih, kerja-kerja culaan serta hal berkaitan kebajikan dan program menyantuni masalah rakyat,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini.

Beliau menyifatkan pelbagai masalah yang menjejaskan kepentingan rakyat perlu ditangani oleh Amanah.

“Kita mahu Amanah jadi juara dalam menangani sekaligus menawarkan penyelesaian alternatif dalam setiap isu yang terpalit kepada rakyat,” jelasnya.

Mengulas gesaan banyak pihak tentang penggunaan satu logo pada PRU14, Sany berkata, hal tersebut penting bagi pengukuhan imej Pakatan Harapan.

“Bahkan, kita juga bersetuju penggunaan satu manifesto dan satu gerak kerja pilihan raya,” tambahnya lagi.

Semalam, Mohamad yang juga mesra dikenali sebagai Mat Sabu dalam pidatonya menegaskan Amanah akan terus berpaksi kepada politik budiman dan akan berjuang bersama-sama rakan Pakatan Harapan ke arah perubahan politik di negara ini.

“Kita mempunyai keazaman yang kuat melalui Pakatan Harapan untuk memenangi PRU14 melalui penyusunan gerak kerja pilihan raya dan juga pengukuhan organisasi,” ujarnya.

TAGS