Gandingan Anwar-Mahathir sebabkan Najib tak tidur malam

Gandingan Anwar-Mahathir sebabkan Najib tak tidur malam

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Gandingan semula bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjanjikan blok pembangkang yang kuat untuk menghadapi BN.

Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, seluruh rakyat Malaysia tidak dapat menafikan ketokohan dua individu ini dalam arena politik tanah air.

“Kita mengharapkan suasana yang baru ini di mana Mahathir dan Anwar dapat memperbaiki hubungan antara mereka, dapat mendatangkan satu lonjakan sokongan terhadap pembangkang supaya usaha menjatuhkan Umno dan BN mendapat gelombang baru,” kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara.

Malah Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam memberitahu, beliau secara peribadi pernah mencadangkan kepada Mahathir agar memikirkan cara bagaimana untuk menarik sokongan PKR terhadap parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam mengukuhkan blok pembangkang.

“Perjumpaan yang terakhir di Yayasan Perdana dua tiga bulan lepas, saya sendiri bercakap dengan Mahathir, dia mesti memikirkan bagaimanana menarik sokongan PKR dalam Pakatan Harapan dan PPBM supaya Najib tak boleh tidur malam,” katanya.

TAGS