Gangguan bekalan air, ekoran loji air Langat, Sungai Cheras tutup

Gangguan bekalan air, ekoran loji air Langat, Sungai Cheras tutup

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengguna di beberapa kawasan Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berikutan penutupan loji rawatan air Langat dan Sungai Cheras Batu 11.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata loji tersebut ditutup akibat pencemaran bau dari Sungai Semantan, Pahang.

“Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan terlibat dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja pembaikan itu melalui aplikasi telefon bimbit ‘mySYABAS’ atau melayari www.syabas.com.my dan menghantar alamat premis ke nombor 15300 melalui sistem pesanan ringkas jika memerlukan bantuan air.

TAGS