Gempa bumi lemah landa Ranau, Sabah

Gempa bumi lemah landa Ranau, Sabah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah awal pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam kenyataan di sini hari ini berkata gempa yang berlaku 3.52 pagi itu berpusat kira-kira 13km barat daya Ranau.

Gegaran turut dirasai di Ranau, kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Met Malaysia sedang memantau perkembangan ini.

TAGS