Geng Baju Merah ramai di Jalan Raja Laut

Geng Baju Merah ramai di Jalan Raja Laut

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Para peserta Geng Baju Merah kelihatan berpusat di Jalan Raja Laut dengan memenuhi beberapa hotel utama di kawasan itu sejak semalam.

Pagi ini mereka kelihatan berarak di jalan raya dan dikatakan menuju ke PWTC dan setengahnya menuju ke Padang Merbuk.

Lebih 300 peserta geng baju merah kelihatan berarak di Jalan Raja Laut sambil bersorak ‘Hidup Merah’.

Ketika ditanya Malaysia Dateline, ada antara mereka menyebut datang dari Sungai Besar dan menginap di hotel berdekatan.

Mereka juga kelihatan berkumpul di Hotel Plaza dan Quality Hotel.

Ada antara mereka mula berkumpul di Padang Merbuk.

Sementara itu, polis kelihatan ramai di Jalan Raja Laut dan menutup jalan itu dari dimasuki kenderaan.

Polis menutup jalan menuju ke Jalan Raja Laut.

 

Dalam perkembangan sama  pagi ini juga  menyaksikan sekumpulan geng baju merah anti-Bersih5 di perkarangan Masjid Jamek di ibu negara berdekatan Dataran Merdeka.

Jalah dari Jalan Pudu ditutup manakala terdapat sekatan jalan dari Sepang menghala ke Putrajaya.

Keadaan di Brickfields setakat pukul 8.30 pagi masih terkawal.

Tinjauan Malaysia Dateline sejak tengah malam mendapati lebih 300 peserta Bersih 5 sudah berkumpul di persimpangan Jalan Raja dekat Dataran Merdeka.

Turut menyertai himpunan di ambang Bersih 5 itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan-DAP, Ng Sue Lim.

Beliau memimpin kumpulan terbabit dengan sorakan “Hidup Bersih”, “Hidup Rakyat”, “Undur Najib” dan “Selamatkan Malaysia”.

Pengguna kenderaan daripada yang bermotor, berkereta mewah, pemandu bas dan lori turut membunyikan hon serta melambaikan tangan memberi sokongan kepada Bersih 5.

Sementara itu, lokasi dataran berkenaan telah diletakkan pagar dan halangan dengan dilihat paling kurang tiga khemah polis dan anggotanya berada di lokasi berpagar itu.

Walhal, dalam tinjauan sama sehari sebelum itu mendapati perkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad tersebut dibiarkan dengan ramai anak muda majoritinya Melayu melepak dan hingar-bingar dengan aktiviti merempit dan memperagakan kereta yang diubahsuai.

Setakat pagi ini, 14 orang ditangkap sejak petang semalam. Mereka adalah Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh, Anthony Loke, Ronnie Liu dan Luqman Nul Hakim Zul Razali.

Turut ditahan Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Artuchelvan, Jimmy Wong, Lee Khai Ming, Anis Syafiqah Md Yusof, Ariffin Abu Bakar dan Razali Zakaria.

Selain itu, juga ditahan Muhammad Safwan Anang, Adam Adli dan ketua samseng Geng Baju Me

 

TAGS