Gerakan bersepadu bersama Harapan hadapi PRU14

Gerakan bersepadu bersama Harapan hadapi PRU14

Dengan pengumuman struktur Harapan khamis lalu, kini semua gerak kerja khususnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah dalam satu pasukan dan bukan lagi berpecah berdasarkan parti, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau melahirkan kesyukuran kerana parti itu telah bersiap sedia menjadi pelengkap jentera Harapan seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya.

“Walaupun umur Amanah belum sampai dua tahun tetapi jentera pilihan raya kita disertai petugas-petugas berpengalaman yang bekerja dalam parti lama kita dulu.

“Siapa tak kenal Cikgu Jaafar di Selangor dan Datuk Wan Rahim di Kelantan dalam mengendalikan kerja pilihan raya.

“Operator pilihan raya profesional seperti ini bersama beribu-ribu petugas semua peringkat kini ada bersama parti kita Amanah,” katanya sewaktu merasmikan konvensyen pilihan raya Amanah Nasional di dewan Raja Muda Musa Shah Alam pagi ini.

Konvensyen PRU Amanah berucap

Amanah katanya akan memobilisasi semua petugas ini untuk membantu Harapan dalam memastikan kemenangan calon yang bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Sama ada yang bertanding atau parti (komponen) lain yang bertanding saya mahu petugas kita bekerja sepenuh hati memastikan Barisan Nasional atau sekutu mereka kalah,” katanya.

Logo pilihan raya

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan logo baru Harapan bersama slogan “perubahan bermula di sini”.

“Bermula sekarang semua anggota Harapan akan gunakan logo ini untuk diperkenalkan untuk siap sedia untuk jadi simbo pilihan raya.

“Sambutan luar biasa selepas simbol baru ini di perkenalkan amat di rasai di seluruh negara.

“Saya sendiri dihujani panggilan bertubi-tubi bagi mendapat pejelasan dari pelbagai pihak.

“Namun saya ingatkan simbol semua parti terus dipamerkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Konvensyen PRU Amanah logo

Tun Mahathir Mohamad menurut beliau begitu yakin gabungan baharu Harapan akan berjaya mengambil alih Putrajaya selepas pilihan raya nanti.

“Kata Tun kepada para pengkaji dan pusat-pusat penyelidikan buat ramalan masing-masing, gerak hati beliau tetap yakin Harapan akang menang.

“Saya sendiri ada gerak hati begitu.

“Selamat bekerja dan yakinlah kita akan mendapat kejayaan,” katanya.

TAGS