Giant sasar pertumbuhan dua angka tahun ini

Giant sasar pertumbuhan dua angka tahun ini

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik Giant, menyasarkan pertumbuhan perolehannya sebanyak dua angka bagi tahun ini berikutan usaha penambahbaikan rangkaian pasar raya besar itu serta pengalaman beli-belah para pelanggannya.

Pengarah Dagangan Amnya, Lee Siew Mei berkata sebahagian besar daripada kira-kira 50 peratus pertumbuhan itu akan disumbang menerusi penganjuran acara promosi barangan bayi secara tetap yang mampu menarik kalangan ibu berusia 35 tahun dan ke atas.

“Hasil pengamatan kami terhadap profil pelanggan menunjukkan kebanyakan mereka adalah wanita yang juga ibu dua hingga empat orang anak. Kami amat maklum dengan keperluan mereka, terutamanya yang bekerja,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS