Gimik politik Jamal tidak selesaikan kos sara hidup rakyat, kata Adun Sekinchan

Gimik politik Jamal tidak selesaikan kos sara hidup rakyat, kata Adun Sekinchan

Tindakan Pengerusi Gabungan NGO Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos memberikan makan percuma, menjual ikan, gas, beras, telur dan ayam dengan harga di bawah pasaran kepada rakyat di negeri ini hanya gimik politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim (Gambar atas) berkata, walaupun dilihat usaha Jamal dan rakan NGO lain bertujuan untuk membantu rakyat miskin di negeri ini, ia hanya penyelesaian jangka pendek dan masalah utama rakyat masih gagal diselesaikan berkaitan peningkatan kos sara hidup.

“Gimik politik Datuk Seri Jamal untuk cari publisiti seolah-olah dilihat beliau membantu mengurangkan bebanan rakyat.

“Itu bukan penyelesaian dengan bagi makan percuma, ikan murah, tong gas murah, beras murah…segala-galanya murah dia boleh dapat (harga murah).

“Tapi secara asasnya bagaimana beliau boleh dapat atasi penyelesaian kepada masalah kos sara hidup yang tinggi.

“Dia tahu bahawa rakyat sekarang sengsara kerana dibelenggu kos sara hidup jadi dia bagi makan percuma ikan murah dan sebagainya.

“Tapi apa punca menyebabkan kos hidup meningkat itu dia tidak kaji,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas mengenai usaha dilakukan Jamal dan beberapa NGO untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Jamal kini telah membuka dua buah restoran di Jalan Pahang dan di Sungai Besar untuk memberi makan percuma antara 1,000 hingga 5,000 orang sehari.

Sebelum itu Jamal juga telah mengadakan jualan ikan murah di beberapa kawasan di negeri ini dan terkini menjual ayam, tong gas,beras, telur dengan harga yang murah daripada pasaran semasa.

Tiga punca kos sara hidup

Timbalan Setiausaha DAP Selangor ini juga berkata, hanya ada tiga punca secara realitinya yang boleh menyelesaikan kos sara hidup rakyat yang sepatutnya Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu teliti dahulu sebelum mahu membantu rakyat.

“Pertamanya masalah cukai barang dan perkhidmatan (GST) masih lagi kekal 6% ini menyebabkan harga barangan naik tidak seperti apa yang pernah dijanjikan Datuk Ahmad Maslan bahawa harga barangan akan turun.

“Keduanya penghapusan subsidi barangan asas seperti minyak, gula tepung,petrol ini menyebabkan harga naikdan terus naik  dipasaran. Jika dahulu kita beli gula RM1.80 sekarang sudah RM2.80 sekilo.

“Ketiganya kemelesetan nilai ringgit Malaysia yang jatuh pada 30% berbanding dollar AS. Ini menyebabkan barangan import naik kosnya. Bagaimana kita nak jual harga murah di pasaran tempatan? Terpaksa naiklah (harga) sedangkan gaji rakyat tidak naik pun.

“Kalau benarlah Datuk Seri Jamal sebagai pejuang rakyat suka nak buat perkara gimik, lebih baik pergi desak kerajan minta kembalikan subsidi kepada rakyat,” ujarnya.

Menurut Suee Lim lagi, jika  tiga perkara disebutkannya itu  tidak diselesaikan dahulu oleh Jamal ia tidak akan menyelesaikan kos sara hidup rakyat.

“Dia bagilah berapa tan makanan percuma kepada rakyat, juallah berapa tan ikan dan macam-macam lagi beliau nak jual murah, kos sara hidup rakyat tetap tidak dapat diatasi.

“Buktinya ramai orang miskin beratur panjang nak makan percuma hingga kini tambah lagi makanan percuma untuk 5,000 orang  yang datang ke restorannya.

“Umno-BN tidak ada cara atau acuan penyelesaian secara holistik membantu rakyat tetapi pemimpin mereka suka buat gimik semata-mata,” ujarnya yang mendakwa apa yang dilakukan Jamal mendapat sokongan dana daripada pimpinan atasan Umno.

Orang ramai bertumpu mendapatkan ikan dengan harga murah yang diusahakan oleh Datuk Jamal Md Yunos di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Ditanya bagaimana Jamal boleh menjual ikan dengan harga serendah RM5 sekilo berbanding harga lebih tinggi di pasaran.

Suee Lim menjelaskan, kenaikan harga ikan dipasaran bukan disebabkan orang tengah (kartel) tetapi disebabkan kawalan harga dan kos pusingan semakin meningkat kerana rantaian niaga antara penyebab harga makanan asas naik.

“Jika berhadapan dengan masalah orang tengah, dia boleh mintalah KPDNKK  (Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan) tangkaplah orang tengah atau mana-mana individu tidak kiralah berkiblatkan parti mana, tangkap mereka.

“Saya pun sokong kalau mereka sengaja menaikkan harga ikan, ayam apa saja yang dijual semata-mata untuk keuntungan.

“Saya pun tahu cara bagaimana dia ambil ikan-ikan itu. Dia juga ambil daripada nelayan Cina.

“Kadangkala bila ikan banyak nelayan boleh jual ikan kembong RM3sekilo pun ada. Kalau dia jual RM5 maknanya  sudah ada untung RM2.

“Jadi kalau nak kata ikan mahal kerana orang tengah ialah penyokong DAP itu fitnah yang tidak berasas,” ujarnya.

Beliau turut berkata akan membahaskan isu kos sara hidup dan usaha yang dilakukan Jamal itu dalam sidang dewan negeri yang sedang bersidang ketika ini.

 

 

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS