Golongan mualaf pilih jadi ahli Amanah

Golongan mualaf pilih jadi ahli Amanah

Parti Amanah Negeri Selangor terus menyaksikan sokongan segenap lapisan masyarakat termasuk mengumumkan penyertaan untuk menjadi ahli parti Islam itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Parti Amanah Negeri Selangor terus menyaksikan sokongan segenap lapisan masyarakat termasuk mengumumkan penyertaan untuk menjadi ahli parti Islam itu.

Naib Pengerusinya, Ustazah Mariam Abdul Rashid memberitahu sebanyak 30 borang keahlian daripada kumpulan India Muslim dan mualaf diterima hari ini di Kampung Paya Jaras Tengah dalam kawasan Subang.

“Gerak kerja turun ke lapangan lebih meyakinkan rakyat untuk menyokong dan memilih Amanah. Rakyat mahu lihat siapa yang banyak berjumpa dan mendengar masalah mereka.

“Menyantuni dan membantu mereka sedikit sebanyak akan lebih meyakinkan lagi mereka untuk bersama menyokong perjuangan Amanah,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, beliau menyeru Amanahdi peringkat kawasan di Selangor bahkan seluruh Malaysia melipatgandakan usaha turun menemui seberapa ramai bakal pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin hampir.

“Terutama pengundi Melayu dan pengundi di kawasan pedalaman serta kampung tradisi,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Pemuda Amanah Selangor Danial Al-Rashid turut mengakui keterbukaan parti itu serta PKR dan DAP yang berpayung di bawah Pakatan Harapan menarik minat rakyat pelbagai kaum.

“Warna oren (lambang Amanah) itu sendiri warna hidup dan bersifat remaja. Naib Ketua Pemuda saya di Shah Alam berketurunan Cina yang sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana parti.

“Bagi saya itu perkembangan yang baik. Cantiknya Amanah dan Pakatan Harapan, setiap komponen parti membuka keahlian kepada semua kaum.

“Hal inilah mampu menarik minat ramai anak muda sebab kita inklusif,” ujar Danial dipetik dalam satu rakaman temubual portal berita baru-baru ini.

TAGS