‘Grand Coalition’ perlu jitu jika mahu berjaya, kata panel Majlis Dakwah

‘Grand Coalition’ perlu jitu jika mahu berjaya, kata panel Majlis Dakwah

'Grand Coalition' dalam pakatan pembangkang dilihat akan menuju matlamatnya jika penggerak dan penyokong terhadap parti-parti politik dalam gabungan itu mempunyai sasaran yang sama dalam memenuhi cita-cita politik.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

‘Grand Coalition’ dalam pakatan pembangkang dilihat akan menuju matlamatnya jika penggerak dan penyokong terhadap parti-parti politik dalam gabungan itu mempunyai sasaran yang sama dalam memenuhi cita-cita politik.

Tanpa mengambil kira pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU), Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, ‘grand coalition’  akan berhadapan pertentangan ideologi sekiranya tidak digerakkan secara jangka panjang dan jitu.

Grand Coalition adalah idea yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggabungkan semua parti pembangkang termasuk Pakatan Harapan dan Pas serta parti Bersatu (yang akan ditubuhkan kelak).

Ia dicadangkan oleh Dr Mahathir sebelum pertemuan bersejarah antara beliau dengan Anwar pada 5 September lalu  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagi Prof  Mohamad,  cabaran besar kepada grand coalition adalah ideologi parti-parti yang mahu bergabung itu.

“Semua tokoh dan parti politik akan berhadapan kesukaran kerana ideologi tidak lagi berfungsi selari sekiranya ‘grand coalition’ yang mereka ciptakan itu tidak jitu.

“Ini boleh terjadi jika masing-masing mewujudkan suasana untuk menang dipihak sendiri sama ada secara berkelompok (pakatan) atau persendirian,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas usaha pakatan pembangkang untuk mewujudkan satu gabungan parti-parti politik di bawah gabungan besar ‘Grand Coalition’ bagi menentang parti kerajaan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Prof Datuk Mohamad Abu BakarBeliau sebelum itu pada Selasa, membincangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Grand Stategy’- Gubahan Ummah dan Gagasan Perpaduan pada Persidangan Pendakwah Kebangsaan yang bertemakan:’Peranan Pendakwah dalam Perpaduan Ummah dan Pembangunan Negara di Bangi.

Mengenai gabungan yang digembling oleh pakatan pembangkang yang disertai lima buah parti utama di bawah Pakatan Harapan, Pas dan Bersatu itu, beliau berkata, masalah yang dihadapi oleh ‘Grand Coalition’ yang mahu diwujudkan itu adalah sukar untuk menentukan siapa lawan dan kawan.

“Ibarat kata, musuh kepada musuh ku adalah sahabatku, sahabat kepada musuhku adalah musuhku.

“Keadaan parti-parti yang berlainan ideologi dan tokoh politik yang menunjanginya bergerak sebegitu rupa, sukar untuk menentukan siapa lawan siapa dan mereka tidak memberitahu niat sebenar walaupun terbentuknya gabungan bersama itu.

“Kalau pada masa dulu kita tahu, ideologi akan lawan ideologi, parti akan lawan parti, tapi hari ini ia tidak lagi sebegitu caranya,” ujarnya.

Beliau berkata ‘Grand Strategy’ yang disebutkan beliau hanya akan berlaku sekiranya ada gabungan jitu dan terarah kepada satu tujuan dan berjangka panjang.

Dalam hal ini beliau lebih melihat ‘grand coalition’ yang dibawa oleh pakatan pembangkang masih lagi ditahap jangka pendek.

Sebagaimana mengulangi kata-kata beliau, apabila realiti umat Islam khasnya di Malaysia ini perpaduan lebih bersifat ‘fire fighting’, ‘one off’, sementara, mee segera dan hangat-hangat tahi ayam.

“Jika mahu dibandingkan konsep ‘Grand strategy’ yang saya maksudkan itu, dengan ‘Grand Coalition’ hanya pada ‘coalition’nya sahaja.

“Ternyata ‘coalition’ pakatan pembangkang itu hanya ditentukan oleh dua faktor besar antara parti-parti itu untuk membentuk `grand coalition’ mereka.

“Pertamanya untuk mengubah kerajaan dan keduanya mengantikan perdana menteri dengan calon mereka.

“Sama ada tersemat dalam hati setiap pemimpinnya untuk membina negara bangsa dalam jangka panjang, ia masih lagi tidak dijana lebih jelas pada masa ini, apatah lagi tokoh-tokoh pemimpin didalam gabungan ini dilihat tidak duduk bersama di dalam satu gabungan walaupun mereka di lihat seakan mahu bersama membentuk `grand coalition’ mereka itu,

‘Masih terlalu awal kita melihat hala tuju mereka untuk dijelmakan dalam satu sistem politik negara keseluruhannya,” ujarnya.

Prof Mohamad yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan politik Melayu dan Dasar Luar Malaysia, Islam Kontemporari dan Globalisasi Semasa berkata, melalui rangkuman ‘grand strategy’ yang dilaksanakan MDN ini, turut akan menyatukan parti-parti politik Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita lebih umum untuk merangkumkan pemimpin dan parti mereka di bawah ‘grand strategy’ ini, supaya parti politik dapat bersatu dan terarah agar dapat memberi impak persekitaran, diperingkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.

“Grand strategy’ ini kelak adalah wawasan yang akan merangkumi semua pihak kerana kita bersepadu positifkan keadaan yang negatif dalam kepelbagaian bidang termasuklah politik.

“Ini bagi membolehkan pemimpin politik dan parti mereka ditemukan dalam satu susunan baru melepasi batasan politik kepartian dan seumpamanya.

“Jika mereka memahami ini sebagai dasar ‘grand strategy’ jika ada konflik sesama mereka dalam politik kepartian mereka akan mengendurkan keadaan itu kerana mereka terikat kepada penujuan yang lebih besar melalui `grand strategy’ini.

“Sebahagian ‘grand strategy’ adalah penyelarasan sebahagian daripada gagasan yang akan kita bersama sinergikan, ada pencerahan yang mana kepada satu membawa kepada yang lain bukan kita ‘membunuhnya’.

“Parti politik mempunyai peraturan yang lebih ketat ada objektif jangka pendek dan panjang dalam`grand coalition’ yang mereka mahu bina.

“Sebaliknya ‘grand strategy’ adalah peringkat lebih tinggi, selagi mereka ada sasaran lebih luas lebih jauh akan dapat kita kurangkan konflik yang berlaku.

“Akhirnya kita ada komponen ‘batu bata’ yang cukup untuk membina kekuatan membolehkan kita bersatu daripada lebih banyak bercelaru,” ujarnya.

 

TAGS