Guan Eng kesal kenyataan Jeff Ooi, mohon maaf bagi pihak DAP

Guan Eng kesal kenyataan Jeff Ooi, mohon maaf bagi pihak DAP

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din semalam.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Saudara Jeff telah mamadamkan perkongsian Twitter terbabit,”  katanya.

Dalam satus memohon maaf bagi pihak DAP,  beliau turut mengucapkan takziah dan simpati atas kesedihan yang ditanggung ahli keluarga serta rakan-rakannya.

“Meski kami sering berbeza pendapat dalam banyak hal politik,  DAP yakin dan percaya bahawa Allahyarham telah menyumbang kepada negara dan agama,” katanya dipetik di status facebooknya.

Beliau sekali lagi menitipkan belasungkawa buat Allahyarham sekeluarga bagi pihak seluruh keluarga besar DAP, dan berharap agar rohnya ditempatkan bersama para orang soleh.

“Saya juga ingin melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluara sekiranya tersinggung dengan apa yang berlaku berkaitan tweet Saudara Jeff kerana ini tidak mewakili pendirian parti,”  katanya.

TAGS