Guan Eng tidak sepatutnya tandatangan dokumen anti rasuah

Guan Eng tidak sepatutnya tandatangan dokumen anti rasuah

 

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak sepatutnya menandatangani sebarang dokumen berkaitan 'anti rasuah' sehingga soal disiplin mahupun perundangan terhadapnya dimuktamadkan kata,  Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Isahak.

.Beliau  mendakwa  Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani oleh Guan Eng memalukan rakyat negeri tersebut kerana dilafazkan oleh seorang Ketua Menteri yang kini layak dikategorikan sebagai berstatus ‘orang yang didakwa’ dibawah pertuduhan dua kes rasuah.

“Sepatutnya dalam isu yang begitu murni, Guan Eng tidak seharusnya mengambil sebarang peranan ketika dirinya berhadapan dengan isu rasuah dan masih dalam pengadilan.

“Pemimpin lain yang memimpin kerajaan negeri sepatutnya diberikan kepercayaan untuk menerajui bacaan IKR berkenaan.

“Secara tidak langsung rakyat akan menghurmati tindakan pengecualian yang lebih mengutamakan imej dan integriti kerajaan negeri, ” tegasnya lagi.

Rahmad juga berkata, demi kepentingan rakyat Pulau Pinang serta pentadbiran kerajaan negeri sepuluh perkara yang dimasukkan sebagai syarat integriti tambahan IBR perlu dipinda dengan memasukkan satu lagi klausa tambahan.

“Harus dimasukkan klausa tambahan yang mengecualikan mana-mana individu tanpa mengira kedudukan tidak layak bercakap soal bebas rasuah, apatah lagi menandatangani sebarang dokumen apabila ia sendiri masih terpalit dengan perbicaraan kes rasuah.

“Sewajarnya Guan Eng menyedari serta faham bahawa apa yang diikrarkan pada 4 Ogos baru-baru ini adalah bertentangan serta tidak selari dengan kedudukannya kini.

“Maka itu atas dasar ketaatan serta akujanji yang telah dilafazkan secara tidak langsung, Guan Eng perlu menterjemahkan hakikat sebenar dengan berpandukan pada kedudukan beliau ketika ini, ” ujarnya.

Malah tegasnya, yang terbaik bagi Guan Eng ialah mengambil cuti ataupun melepaskan jawatan bagi satu tempuh sehingga dua pertuduhan kes rasuah membabitkan beliau diputuskan oleh perundangan negara.

TAGS