‘Guna akal akan jatuh cinta dengan Amanah’

‘Guna akal akan jatuh cinta dengan Amanah’

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ucapan penangguhan pada Konvensyen Nasional Amanah yang pertama kali diadakan menyaksikan keutamaan kepada hal berkaitan penguasaan akal.

Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus berkata, masyarakat Muslim mahupun bukan Muslim mesti memerdekakan akal masing-masing.

“Bawa masyarakat kita menggunakan akal. Kita bina negara dengan kasih sayang. Mereka yang gunakan akal akan jatuh cinta dengan Amanah.

“Sebaliknya, mereka yang tidak mampu menggunakan akal hanya akan menjadikan teman dan keluarga musuh.

“Tapi di Amanah, kita akan tukarkan musuh jadi kawan dan kawan yang kita ada, kita bimbing mereka,” ujarnya dalam ucapan penangguhan di Shah Alam hari ini.

Beliau menegaskan penguasaan akal juga penting dalam menuju negara yang bebas daripada korupsi.
“Kita mahu negara ini diurus dengan peningkatan semua pihak dalam urustadbir baik dan adil. Ini yang kita mahu usahakan.

“Kita akan gantikan tempat Pas. Kita akan ambil contoh yang terbaik,” ujar Ustaz Hasanuddin lagi.

TAGS