Haiwan kesayangan di Putrajaya Animal Lovers Fiesta (Palof)

Haiwan kesayangan di Putrajaya Animal Lovers Fiesta (Palof)

Putrajaya Animal Lovers Fiesta (Palof) yang diadakan selama dua hari pada Januari lalu telah menghimpunkan ramai peminat kucing dan pemilik haiwan kesayangan ini.

Pesta ini diadakan di Lobi Auditorium Cempaka Sari di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula dari 20 Jan hingga 21 Januari 2018 lalu.

Pelbagai pameran dan pertandingan haiwan-haiwan peliharaan diadakan termasuk kucing, arnab, ular, musang pandan, ikan, burung dan lain-lain lagi.

Antara spesis kucing yang dipertadingkan di PaLof 2018.

Seekor burung jinak di atas mainan kawalan jauh mencuri perhatian pengunjung.

Ramai kanak-kanak berasa teruja dengan pengalaman mendekati haiwan kesayangan.

Adik ini merasai pengalaman membelai anak ayam yang jinak.

Seorang kanak-kanak leka bermain dengan seekor arnab.

 

393 total views, 18 views today

CATEGORIES