Halimah Yacob presiden wanita pertama Singapura

Halimah Yacob presiden wanita pertama Singapura

Bekas speaker parlimen Singapura Halimah Yacob akan menjadi presiden republik itu selepas Jabatan Pilihan Raya (PEC) mengumumkan hanya beliau calon yang memenangi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Presiden tanpa bertanding.

(PEC) hanya memberikan sijil kelayakan kepada seorang daripada lima pemohon, lapor Berita Harian Singapura.

Ia bermakna pilihan raya presiden tidak akan diadakan, dan Halimah akan diisytiharkan sebagai presiden selepas pancalonan ditutup pada hari penamaan calon 13 September ini.

Pemilihan kali ini dikhaskan bagi calon Melayu. Beliau bakal mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 – 1970), yang merupakan presiden pertama republik.

{loadposition myposition}

PEC dalam kenyataan berkata, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.

Walaupun ketiga-tiganya menerima Sijil Masyarakat Melayu, PEC hanya memutuskan untuk mengeluarkan satu sijil kelayakan sahaja.

Selain Halimah, dua lagi pencalonan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

CATEGORIES
TAGS