Hamidah akui ada ahli Umno mahu keluar parti

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mendedahkan ada dikalangan ahli parti yang mahu keluar dari UMNO ekoran pemecatan beliau.

“Ketika saya dipecat, ramai yang melahirkan rasa simpati terhadaps saya  dan  menghantar ucapan simpati kepada saya. Mereka (ahli parti) tidak tinggalkan saya.

“Walaupun ada yang mahu keluar parti kerana pemecatan ini, saya larang mereka. Saya tidak mahu mereka tinggalkan parti kerana saya,” ujarnya dipetik dari sebuah portal media.

Hamidah juga tidak menafikan parti pembangkang di Perak kini cuba merapatinya setelah beliau dipecat pada 12 November lalu kerana melanggar disiplin parti.

Namun beliau menyatakan pendiriannya untuk terus kekal menyokong Umno walaupun bukan lagi ahli parti.

Semalam Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan surat perletakan jawatan  sudahpun  dihantar kepada Hamidah.

TAGS