Hampir 4,000 dipindah di Kelantan, paras air sungai utama terus naik

Hampir 4,000 dipindah di Kelantan, paras air sungai utama terus naik

Banjir di Kelantan belum pulih dengan jumlah mangsa yang dicatatkan pagi ini meningkat kepada 3764 orang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Banjir di Kelantan belum pulih  dengan jumlah mangsa yang dicatatkan pagi ini meningkat kepada 3764 orang.

39 pusat pemindahan kini dibuka di 6 jajahan (daerah) iaitu Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas, Kuala Krai dan Jeli.

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard 17.13 meter manakala Sungai Golok di Jenob direkodkan 24.24 meter.

Kedua-duanya berada di atas paras bahaya dan menunjukkan keadaan terus naik.

Ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan yang meninjau keadaan di Rantau Panjang awal pagi tadi berkata selepas kawasan pekan yang berhampiran sungai lumpuh sejak semalam, air kini semakin naik di kawasan perkampungan berhampiran dan dijangka lebih ramai terpaksa berpindah pagi ini.

Beliau kini berada di bilik gerakan banjir Amanah di Gong Kulim, 4 kilometer dari pekan Rantau Panjang.

Hazmi Hassan meninjau keadaan banjir malam tadiJadual pagi ini katanya, Pemuda Amanah Kelantan dalam Misi Bantuan Banjir 2017,akan mula menyampaikan bantuan awal berupa Nasi Air Dingin yang ditempah khas dari Tumpat kepada mangsa banjir.

“Sasaran bantuan sarapan pagi ini akan mula diagihkan di beberapa lokasi pusat penempatan mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang.

Sebanyak 600 bungkus Nasi Air Dingin yang popular sebagai sarapan pagi oleh rakyat Kelantan ini disediakan oleh Pemuda Amanah Kelantan,” katanya yang akan melawat mangsa banjir di Rantau Panjang sepanjang hari ini.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, penderma, petugas dan sukarelawan yang bersama-sama dalam membantu menjayakan misi bantuan awal ini.

“Pihak Pemuda Amanah Kelantan amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari kalian para penderma yang budiman.

“Sumbangan ini pasti dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Kelantan ini,” katanya Kepada para menyumbang, beliau berharap akan terus menyalurkan sumbangan anda kepada pihak yang lebih memerlukan melalui pemuda Amanah bagi meringakan beban mangsa banjir.

TAGS