Hampir 50 peratus calon Pas golongan muda

Hampir 50 peratus calon Pas golongan muda

Pas akan meletakkan hampir 50 peratus calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti terdiri daripada golongan muda yang diyakini mampu mendapat sokongan rakyat.

Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, disebabkan keyakinan itu, parti berkenaan bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru kerana sudah tidak terikat lagi dengan pakatan pembangkang seperti sebelum ini.

Kami memberi fokus di Kelantan, Terengganu, Kedah dan selangor pada PRU14 kali ini, katanya kepada pemberita pada Himpunan Jentera Pemuda Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar hari ini.

Beliau berkata fokus berkenaan kerana negeri-negeri tersebut mempunyai ramai pengundi Melayu beragama Islam tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan Perlis, Pahang dan Perak.

Katanya Pas sama sekali tidak bergantung pada kelemahan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tetapi bergantung kepada kekuatan yang ada pada Pas sendiri.

{loadposition myposition}

Sementara itu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Kedah Salim Mahmood mengingatkan pengundi di negeri ini supaya tidak terpedaya dengan memberi undi kepada Pakatan Harapan terutamanya DAP yang diterajui Penasihatnya Lim Kit Siang yang telah menunjukkan taring sebenarnya dengan mendominasi pakatan itu.

Memberi undi kepada pakatan sebenarnya adalah memberi undi kepada Dap yang lantang tidak bersetuju dengan beberapa perkara mengenai Melayu dan Islam, katanya.

Katanya pengundi perlu berwaspada dengan taktik DAP yang cuba melebarkan pengaruh mereka di Kedah dan dipercayai akan meletakkan lebih banyak calon parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

“Inilah liciknya DAP yang tentunya juga akan menggunakan seluruh kekuatan parti itu untuk memastikan rakan pakatan dipengaruhi mereka. Rakyat negeri Kedah perlu hindari diri agar tidak terjebak ke kancah dicaturkan ini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS