Hanipa pertahan kenyataan GST Hadi di Parlimen dimanipulasi

Hanipa pertahan kenyataan GST Hadi di Parlimen dimanipulasi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Walaupun tidak lagi sehaluan dan berbeza parti, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin tetap mempertahankan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabilanya ucapannya di Dewan Rakyat dimanipulasi TV3.

Hanipa yang merupakan bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat menafikan laporan berita TV3 bahawa Abdul Hadi menyokong Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya mendakwa agensi berita tersebut memanipulasi ucapan presiden Pas itu.

Beliau turut mendakwa stesen televisyen pro kerajaan itu tidak mengamalkan pemberitaan yang bertanggungjawab.

“Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 dan sebentar tadi TV3  ‘twisted ‘ucapan Yb Marang kononnya beliau sokong GST.

“To be fair to Yb Marang keseluruhan ucapan beliau tidaklah menyokong GST meskipun dalam muqadimmah ucapan beliau ,dia ada menyatakan bahawa tidak dinafikan GST adalah mekanisme yang berkesan untuk kutip cukai dan selesaikan masalah orang tak bayar cukai tapi,TV3, in practising irresponsible journalism ,hanya ambil bahagian tu sahaja dan tidak siar keseluruhan ucapan YB Marang dan siarkan di Buletin Utama kononnya Yb Marang sokong GST.

“Saya ada di dewan masa Yb Marang berucap,” tulisnya di facebook malam tadi.

Hanipa yang pernah pengsan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat April lalu dan mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat pendarahan otak kembali ke sesi parlimen kali ini.

Beliau yang menjalani pembedahan di bahagian kepala sudah semakin sihat namun masih perlu menjalani rawatan fisioterapi.

Dalam perkembangan sama  Pemuda Pas hari ini juga  mengutuk keras pemberitaan  stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Abdul Hadi.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin dipetik berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu  GST telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

“Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

“Bukankah ini adalah fitnah yang nyata bagaikan seterang cahaya mentari dengan menyiarkan berita yang dikerat dan digubah sesuka hati bagi memenuhi citarasa tuan empunya mereka?” soalnya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan.

 

 

TAGS