Mohamed Hanipa pengsan di dewan rakyat dikejarkan ke HKL petang tadi

Mohamed Hanipa pengsan di dewan rakyat dikejarkan ke HKL petang tadi

 

 

Ahli  Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang tadi apabila didapati pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit hari ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin Ahli  Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang tadi apabila didapati pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan selama 15 minit hari ini.

M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang ditemui pemberita berkata Mohamed Hanipa tidak keluar dewan sewaktu rehat dan beliau bersama Charles Santiago (DAP-Klang) telah mendekati Anggota Parlimen itu dan mendapati beliau telah pengsan di kerusinya.

“Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Kulasegaran berkata sebelum itu Mohamed Hanipa dikatakan mengadu loya dan lemah beberapa ketika sebelum waktu rehat tersebut.

Dewan ditangguh selama 15 minit untuk memberi laluan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) membawa usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat 2015 ke Jawatankuasa Pilihan.

Terdahulu, Mohamed Hanipa rancak berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan RUU tersebut.

Mohamed Hanipa merupakan anggota Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Hanipa Maidin dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) lewat petang tadi selepas dipercayai pengsan secara tiba-tiba di Parlimen.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.

 

TAGS