Hanya bertuala, Jamal mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor

Hanya bertuala, Jamal mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos hadir ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) dengan hanya bertuala pagi ini atas alasan mahu ‘menumpang mandi’.

Namun Jamal bertindak mencetuskan provokasi di hadapan pintu pagar kompleks Kerajaan Negeri, selepas dihalang masuk oleh pengawal keselamatan.

“Saya datang cuma mahu mandi, saya tidak bawa bom dan saya datang bukan bawa pengikut 3,000 atau 4,000 orang,” teriak Jamal di hadapan pintu pagar bangunan SSAAS, seperti dilapor Selangorkini.

Hadir bersama lima pengikutnya, Jamal dilihat turut membawa peralatan mandi antaranya baldi, berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi.

Sebelum itu, Jamal mendakwa kononnya Kerajaan Negeri gagal menyelesaikan pertikaian isu air di negeri ini selepas bekalan air terpaksa dihentikan di sekitar kawasan Lembah Klang, bermula Isnin lalu.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.

Ini bukan pertama kali tindakan provokasi melampau dicetuskan Jamal bersama pengikutnya di hadapan kompleks Kerajaan Negeri.

Indisiden sama pernah berlaku November lalu ketika Jamal mengadakan sidang media di hadapan pintu utama bangunan SSAAS dan menghalang kelancaran kerja penjawat awam negeri waktu itu.

Lebih memalukan, insiden ‘baldi terbang’ yang dinaungi kumpulan gerakan baju merah Oktober lalu.

TAGS