Hanya di Kelantan, pemimpin Amanah dan Pas berucap di satu pentas

Hanya di Kelantan, pemimpin Amanah dan Pas berucap di satu pentas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Jika mahu melihat kelainan politik, berkunjunglah ke Kelantan 10 Mac ini.

Anda akan menyaksikan pemimpin Amanah dan Pas berkongsi pentas yang sama dalam program “Himpunan Perdana, Say No To BN”.

Program anjuran Pertubuhan Al Waiz itu dijadual berlangsung pada jam 9.00 malam di Bandar Satelit, Pasir Tumboh.

Ceramah empat ahli parlimen dan mantan ahli parlimen Kubang Kerian.Ia membariskan tiga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian iaitu Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Baihaki Atiqullah.

Gabungan empat pemimpin Amanah dan Pas ini dilihat memberikan isyarat tersendiri terhadap perkembangan politik Kelantan.

Mohamad yang kini Presiden Amanah terpilih sebagai ahli parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (1990/95 dan 1995/99).

Tempatnya diambil alih Husam yang kini sebagai Yang Dipertua Pas Kubang Kerian bagi penggal 1999/2004.

Salahuddin yang menjawat Timbalan Presiden Amanah mewakili kawasan parlimen Kubang Kerian di Dewan Rakyat bagi penggal 2004/08 dan 2008/13.

Ahmad Baihaki pula ialah bekas Ketua Penerangan Pas negeri dan kini menjawat Naib Yang Dipertua Pas Kubang Kerian.

TAGS