Hanya Pakatan Harapan mampu Selamatkan Malaysia

Hanya Pakatan Harapan mampu Selamatkan Malaysia

PRU14 adalah satu pilihanraya yang mampu membawa perubahan pentadbiran kerajaan di negara ini. Pilihanraya-pilihanraya sebelum ini tidak pernah membawa Tsunami Melayu yang mengekalkan kerajaan Barisan Nasional terus memerintah negara ini selama lebih 60 tahun.

Tetapi, kali ini, kita dapat melihat bahawa terdapat perubahan yang amat mendadak dalam susun atur politik Melayu. Ini membawa harapan baru dalam arus perjuangan pembangkang yang telah gagal selama ini.

Ini disebabkan pimpinan Barisan Nasional semakin hilang kepercayaaan rakyat jelata. Orang-orang Melayu juga sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional telah menjadi terlalu korup sehingga dana negara berbilion ringgit berani digelapkan. Scandal 1MDB telah membuka mata orang ramai.

Wang berbilion ringgit telah memasuki akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tidak ada satu penjelasan yang munasabah sehingga ke hari ini. Bukankah ini satu penyelewangan?

Rakyat berasa bahawa PRU14 merupakan satu-satunya kaedah terbaik untuk menamatkan riwayat politik pemimpin-pemimpin yang korup seperti ini. Sistem keadilan negara kita telah nenjadi cacat disebabkan jolokan dedak yang melampau.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin utama negara yang korup dan kotor ini telah mudah melepasi segala proses undang-undang yang sedia ada.

Tidak ada gunanya mengharapkan Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia. Ketiga-tiga badan ini boleh diibaratkan sebagai patung yang menutup mulut, mata dan telinga.

Agensi-agensi ini tidak berani bertindak mempertahankan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk melindungi ‘political master’ mereka. Inilah akibatnya apabila pegawai-pegawai atasan mengotori tangan mereka dengan dedak dan hanya mahu menjaga periuk nasi masing-masing.

Tetapi, kuasa rakyat adalah lebih besar daripada kuasa yang ada pada golongan ini. Jika rakyat bersatu hati tanpa mengira agama dan bangsa, kuasa rakyat itu akan menjadi kuasa keramat yang boleh membawa perubahan. Sejarah pernah membuktikan bagaimana kerajaan-kerajaan korup dan zalim ditumbangkan oleh kuasa rakyat di merata dunia. Kali ini adalah giliran negara kita, Malaysia!

Saya pasti lebih ramai yang akan keluar daripada parti-parti komponen Barisan Nasional dan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan. Umno sudah retak. MCA sudah pecah dan MIC sudah tenggelam. Gerakan dan PPP bernyawa-nyawa ikan. Inilah peluang terbaik untuk menghapuskan kuasa mutlak golongan korup ini.

Kini, suasana suam telah mula mendidih dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dalam barisan pembangkang. Penamaan beliau sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia oleh Pakatan Harapan telah menampakkan cahaya di hujung terowong. Maka, Pakatan Harapanlah satu-satunya pilihan rakyat yang boleh membawa perubahan dan selamatkan negara ini.

*Penulis adalah Ahli Parlimen Batu Gajah

CATEGORIES