Hanya syaitan yang suka duduk dalam jamban, AMK sindir Jamal

Hanya syaitan yang suka duduk dalam jamban, AMK sindir Jamal

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hanya syaitan yang suka duduk dalam jamban, bidas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mengulas tindakan pemimpin Geng Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas semalam.

“Biasanya yang duduk dalam jamban ini syaitan, yang buat sidang media dalam jamban ini lebih kurang. Saya melihat itu tindakan biadap dan tidak mencerminkan identiti sebagai seorang Melayu dan Islam,” jelasnya dalam sidang media AMK di Petaling Jaya, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Afif menyifatkan tindakan Jamal mengadakan sidang media di dalam sebuah tandas di bangunan Umno Selangor di Shah Alam itu sebagai tindakan pihak yang membela rasuah.

“Tindakan orang pembela rasuah. Imej Perdana Penteri ingin dipertahankan oleh orang macam Jamal. Itu tahap (penyokong) Perdana Menteri kita,” tambahnya lagi.

Jamal semalam mengejutkan petugas media apabila mengoyak dan mencampakkan surat tuntutan permohonan maaf Bersih ke dalam lubang tandas.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menggesa Jamal memohon maaf kerana mendakwa kononnya himpunan Bersih 5 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur 19 November ini diresapi kumpulan pengganas Islamic State (IS) atau Daesh.

Walaupun diancam Geng Baju Merah, AMK akan kerah 5000 ahlinya sertai Bersih 5.

Jamal dalam sidang medianya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 28 September lalu mendakwa sumber-sumber yang boleh dipercayai memberitahu Bersih mahu menjatuhkan kerajaan dengan mengepung tempat-tempat seperti lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

TAGS