Harap rakan berbangsa Cina maafkan kami, kata Afdlin Shauki

Harap rakan berbangsa Cina maafkan kami, kata Afdlin Shauki

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Artis terkenal Afdlin Shauki melahirkan kekesalan dan memohon maaf kepada masyarakat Cina di negara ini dengan tersebarnya provokasi melampau melalui poster rasis yang tersebar.

“Saya ingin meminta maaf kepada orang-orang yang berbangsa Cina yang rasa dirinya terancam di Malaysia ini kerana perbuatan tak bertanggungjawab golongan Melayu sebegini, “katanya dalam status facebooknya.

Sikap seumpama ini katanya, bukanlah pendapat majoriti orang Melayu yang mahukan harmoni dan keamanan di Malaysia yang pelbagai kaum ini.

“Mintak tolong pihak polis segera tangkap atau ambil tindakan undang-undang terhadap orang atau kumpulan yang membuat poster ini,” katanya.

“Ini bukan Malaysia yang saya kenal.

“Pasal ini ancaman kepada sesama rakyat Malaysia, oleh orang-orang yang tidak berakal dan ingat mak bapak dia orang ni ada geran untuk Malaysia ni.

“Mintak tolong abang polis ambil tindakan segera,”katanya. 

Menurutnya kata-kata penuh kebencian seperti ini tidak sepatutnya menghiasi dinding bangunan di negara kita.

“Astaghfirullah halazeem,” Afdlin mengakhiri tulisannya.

TAGS