Harga gula naik: Kerajaan belum buat keputusan

Harga gula naik: Kerajaan belum buat keputusan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan masih meneliti dan belum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan harga gula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Mengulas viral di media sosial kononnya harga gula akan naik mulai 1 Disember ini, beliau dilapor berkata, penetapan harga bergantung kepada harga gula mentah di pasaran antarabangsa.

“Belum ada kata putus mengenai perkara itu walaupun ia dibangkitkan sejak dua bulan lalu. Saya pun tidak tahu daripada mana viral mengatakan kita akan menaikkan harga gula pada 1 Disember ini.

“Memang ada permintaan, tetapi kita masih meneliti dan belum membuat sebarang keputusan. Apa juga keputusannya, ia mengambil kira kepentingan semua, termasuk pengeluar,” ujarnya semalam.

Sehubungan itu, Hamzah menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai perkara yang viral di media sosial.

Untuk rekod, harga gula naik 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 10 Oktober 2013.

Sebelum itu, harga gula naik sebanyak 20 sen menjadi RM2.50 sekilo pada 1 Oktober 2012 manakala pada 10 Mei 2011, harga gula meningkat 25 sen menjadi RM2.30.

Pada 2010 berlaku tiga kali kenaikan harga gula sehingga menjadi RM2.05 pada 4 Disember ekoran langkah kerajaan memotong subsidi gula.

TAGS