Harga RON95,RON97 turun 5 sen, Diesel kekal bagi September

Harga RON95,RON97 turun 5 sen, Diesel kekal bagi September

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen manakala harga runcit diesel kekal pada harga RM1.70 sen seliter bagi September ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Nor Manshor Abdul Ghafar berkata harga runcit bagi RON95 adalah RM1.70 seliter manakala RON97 berharga RM2.05 seliter.

“Harga runcit bagi diesel untuk September kekal seperti Ogos,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Harga runcit petrol sepanjang Ogos bagi RON95 ialah RM1.75 seliter manakala RON97 berharga RM2.10 seliter.

TAGS