Harga runcit petrol, diesel naik lagi

Harga runcit petrol, diesel naik lagi

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.38 seliter manakala RON97 naik enam sen kepada RM2.66 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 22 November depan.

Harga runcit diesel pula naik lima sen kepada RM2.25 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini.

Bagi minggu sebelum ini dari 9-15 November, harga runcit mingguan petrol RON95 ialah RM2.31 seliter, RON97 RM2.60 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Dengan harga baharu runcit petrol menunjukkan peningkatan berturut-turut bagi bulan November.

CATEGORIES