Hari penamaan calon Mat Sabu berjaya “lolos” ke Sarawak

Hari penamaan calon Mat Sabu berjaya “lolos” ke Sarawak

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang dihalang daripada memasuki Sarawak, akhirnya berjaya 'meloloskan' diri ke negeri ini bagi menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kemasukan topeng muka wajah Mat Sabu dengan jumlah yang banyak itu bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang dihalang daripada memasuki Sarawak, akhirnya berjaya ‘meloloskan’ diri ke negeri ini bagi menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 kali ini.

Mohamad yang dihantar pulang ketika cuba memasuki Sarawak pada 22 Mac lalu, dilihat kembali berada di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi parti itu sejak petang semalam.

Malah kemasukan topeng muka wajah beliau dengan jumlah yang banyak itu dilihat bakal memeriahkan lagi suasana kempen pilihan raya kali ini.

Topeng Mat Sabu sedang disiapkan oleh salah seorang pnyokong untuk diedarkan dalam kempen.

Pagi ini sempena hari penamaan calon, rata-rata penyokong Amanah dilihat mengenakan topeng wajah Mohamad, sebagai tanda kebersamaan dengan presiden parti itu selepas beliau tidak dapat menyertai kempen kali ini.

Amanah yang dilancarkan September tahun lalu, buat julung kalinya menyertai pilihan raya kali ini bersama PKR dan DAP dalam muafakat Pakatan Harapan.

Mereka akan meletakkan calon bertanding di 13 daripada 82 kawasan Dun Sarawak termasuk Demak Laut, Muara Tuang, Sadong Jaya, Samariang, Gedong, Sebuyau, Kuala Rajang, Beting Maro, Kabong, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.

TAGS